Monday, October 18, 2010

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd adalah sebuah perniagaan persendirian yang menyedia dan membekalkan makanan dan minuman dalam majlis-majlis seperti perkahwinan, seminar, konvensyen, mesyuarat agung dan jamuan tahunan korporat. Selain itu, segala kelengkapan perkahwinan seperti baju pengantin, khidmat andaman, khemah, backdrop dan karpet juga disediakan.

Memulakan perniagaan bermodalkan wang sendiri dan berbekalkan pengalaman pengasas yang lebih 20 tahun menceburi bidang perniagaan, syarikat ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Segala cabaran, dugaan, persaingan dan rintangan dalam perniagaan dijadikan kunci untuk lebih maju dan matang dalam membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak. Sebagai seorang usahawan, pengarah sentiasa bekerja keras untuk berdiri setanding dengan syarikat-syarikat besar suatu masa nanti.