Monday, October 18, 2010

KONKLUSI

Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia lebih memilih perkhidmatan katering daripada aktiviti gotong-royong kerana kesibukan kerja di samping ianya dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan kerana semuanya telah dirancang dengan baik dan dapat mengelakkan pembaziran.

Selain itu, faktor masa dan tenaga juga adalah antara sebab pelanggan memilih perkhidmatan katering. Semangat gotong-royong yang kian pudar di kalangan masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar juga merancakkan lagi perniagaan Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd.

Atas alasan di atas, ramai generasi hari ini menggunakan khidmat cetering untuk hari bersejarah mereka.  Tawaran harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang setara dengan perkhidmatan catering berprofail tinggi  menyebabakan ribuan pasangan pengantin dan kaum keluarga memilih syarikat ini.