Tuesday, October 26, 2010

Majlis Perkahwinan 23/10/2010

MAJLIS PERKAHWINAN PADA 23/10/2010
TEMPAT : DEWAN MBSA
TEMA : GOLD
MENU UTAMA : SET NASI BERYANI 
DAN MENU PILIHAN

Majlis perkahwinan ini diadakan di 
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Segala bentuk persiapan dimulai dengan 
persiapan dewan ( meja makan tetamu, meja VIP
dan meja pengantin) disediakan oleh 
tenaga kerja Restu Catering & Canopy sendiri.

Penyediaan Menu bagi Santapan tetamu , Santapan
meja VIP dan Santapan Meja Pengantin
disediakan oleh kakitangan 
Restu Catering & Canopy sendiri.

Walau bagaimanapun, pelanggan boleh
mengadakan perbincangan jika ada sebarang
pertukaran menu bentuk perubahan lain
di masa akan datang.






   





Gambar-gambar Menu

ACAR BUAH


KOBIS & BENDI GORENG TEPUNG

DALCA CAMPUR

PAJERI NENAS

SAMBAL SOTONG

RENDANG DAGING

AYAM MASAK MERAH





Monday, October 18, 2010

KONKLUSI

Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia lebih memilih perkhidmatan katering daripada aktiviti gotong-royong kerana kesibukan kerja di samping ianya dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan kerana semuanya telah dirancang dengan baik dan dapat mengelakkan pembaziran.

Selain itu, faktor masa dan tenaga juga adalah antara sebab pelanggan memilih perkhidmatan katering. Semangat gotong-royong yang kian pudar di kalangan masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar juga merancakkan lagi perniagaan Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd.

Atas alasan di atas, ramai generasi hari ini menggunakan khidmat cetering untuk hari bersejarah mereka.  Tawaran harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang setara dengan perkhidmatan catering berprofail tinggi  menyebabakan ribuan pasangan pengantin dan kaum keluarga memilih syarikat ini.

PROFIL MENU

* Pelanggan boleh memilih menu dan sebarang penukaran menu adalah melibatkan persetujuan kedua-dua belah pihak

*Harga yang dipamerkan dari jan 2010 – Dec 2010

TETAMU
  • Nasi Beryani/ Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah
  • Rendang Daging
  • Dalca Campur
  • Acar Buah
  • Papedom
  • Buah : tembikai/ nenas/ betik/ tembikai susu
  • Air Sirap Limau

PERCUMA/ SEDEKAH
  • Rendang Kentang
  • Pajeri Nenas
  • Bubur Pulut Hitam
  • Kobis Goreng Tepung
  • Bendi Goreng




SET HIDANGAN PENGANTIN 
  • Nasi Beryani/ Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah
  • Rendang Daging
  • Rendang Kentang
  • Udang Galah Goreng Cili
  • Pajeri Nenas
  • Ikan Bawal Sweet Sour
  • Sambal Sotong
  • Ayam Golek
  • Dalca Campur
  • Acar Buah
  • Papedom
  • Agar-agar Pancawarna
  • Puding Caramel
  • Buah-Buahan
  • Air Sirap Limau
  • Gubahan Bunga
  • Sarung Kerusi + Ikat Emas
  • Skirting dan Lain-lain


MASAKAN KAMPUNG
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Kari + Bendi
  • Daging Masak Kicap
  • Ikan Masin Masak Lemak Nenas
  • Sayur Campur
  • Sambal Belacan
  • Ulam-Ulaman
  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Taugeh
  • Buah-Buahan 4 Jenis
  • Air Sirap Limau



























SKOP PERNIAGAAN

6.1.            Aktiviti Perniagaan
Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh syarikat ini ialah menyedia dan membekalkan makanan dan minuman bagi pakej korporat dan perkahwinan serta kelengkapan alat persandingan di sekitar Kuala Lumpur (Putrajaya, Bukit Jalil, etc), Selangor ( Gombak, Batu Caves, Petaling Jaya, Cheras, Shah Alam, etc), Perak ( Tanjung Malim),  Negeri Sembilan (PD, Nilai, Kuala Pilah), Pahang(Temerloh), dan Melaka.

6.2.               Perkhidmatan

6.2.1.   Menyediakan makanan bagi pakej korporat:
v                        Seminar
v                        Konvensyen
v                        Mesyuarat Agung / Jabatan
v                       Jamuan Tahunan Karporat
v                        Katering & Majlis Perasmian

6.2.2.   Pakej perkahwinan termasuk :
v                       Makanan
v                       Pelamin & alat kelengkapan persandingan
v                       Pakaian pengantin
v                       Khidmat andaman daripada pakar yang berpengalaman.
v                       Meja utama pengantin & hiasan bunga.
v                       Meja hadiah, meja kek & kemudahan lain.

6.2.3.  Pakej Canopy dan kelengkapan termasuk :
v                     Khemah “canopy”
v                     Set meja dan kerusi
v                      Backdrop & karpet
v                       Kipas & lampu
v                       P.A. System/ DJ
v                      Sofa & Skirting
v                      Silat & Kompang

* kenduri doa selamat, majlis hari jadi, rumah terbuka juga turut disediakan. Pelanggan boleh membuat tempahan untuk apa-apa majlis yang ingin dijalankan berdasarkan perkhidmatan yang disenaraikan di atas.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Menyediakan makanan bagi pakej korporat :

Seminar
Konvensyen
Mesyuarat Agung / Jabatan
Jamuan Tahunan Karporat
Katering & Majlis Perasmian

  •  Pakej perkahwinan termasuk :

Makanan
Pelamin & alat kelengkapan persandingan
Pakaian pengantin
Khidmat andaman daripada pakar yang berpengalaman.
Meja utama pengantin & hiasan bunga.
Meja hadiah, meja kek & kemudahan lain.
 Pakej Canopy dan kelengkapan termasuk :
Khemah “canopy”
Set meja dan kerusi
Backdrop & karpet
Kipas & lampu
P.A. System
Sofa & Skirting
Silat & Kompang

OBJEKTIF PENUBUHAN

Antara lain Rancangan Perniagaan ini seperti berikut:

1)      Pelbagai pilihan kepada pelanggan untuk memilih sama ada pakej korporat, pakej perkahwinan atau  canopy & kelengkapan.
2)      Menarik minat pelanggan untuk mencuba atau terus menggunakan perkhidmatan katering bagi membantu pelanggan menguruskan sesuatu majlis dengan lebih efektif.
3)      Menjadikan perniagaan ini sebagai titik tolak sebelum melangkah ke alam perniagaan yang lebih besar yang mempunyai lebih cabaran dan dugaan.
4)      Menyahut seruan Kerajaan yang menggalakan usahawan bumiputera menceburi dunia perniagaan.
5)      Mengaplikasikan minat dan pengalaman yang ada untuk mempelbagaikan pendapatan syarikat 

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd adalah sebuah perniagaan persendirian yang menyedia dan membekalkan makanan dan minuman dalam majlis-majlis seperti perkahwinan, seminar, konvensyen, mesyuarat agung dan jamuan tahunan korporat. Selain itu, segala kelengkapan perkahwinan seperti baju pengantin, khidmat andaman, khemah, backdrop dan karpet juga disediakan.

Memulakan perniagaan bermodalkan wang sendiri dan berbekalkan pengalaman pengasas yang lebih 20 tahun menceburi bidang perniagaan, syarikat ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Segala cabaran, dugaan, persaingan dan rintangan dalam perniagaan dijadikan kunci untuk lebih maju dan matang dalam membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak. Sebagai seorang usahawan, pengarah sentiasa bekerja keras untuk berdiri setanding dengan syarikat-syarikat besar suatu masa nanti. 

PENGENALAN



Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 20 haribulan Jun 2006. Berkecimpung hampir empat tahun dalam perniagaan ini, cukup membuatkan syarikat ini menggunakan segala pengalaman yang ada untuk terus berkembang maju dengan semua perkhidmatan yang disediakan. Syarikat ini menyedia dan membekalkan makanan dan minuman, alat-alat kelengkapan perkahwinan termasuk khidmat andaman, baju pengantin, khemah, kerusi, meja, kipas, lampu dan sebagainya.

Selain itu, syarikat ini juga menyediakan tiga pakej khas untuk pelanggan iaitu Pakej Korporat, Pakej Perkahwinan dan Pakej Canopy & Kelengkapan. Pakej-pakej ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan memilih pakej yang mereka inginkan serta harga yang ditawarkan amat berpatutan. Bagi menu, pakej ekonomi ditawarkan mengikut kehendak pasaran bagi pelanggan yang  mengimpikan majlis yang mempunyai banyak pilihan menu, sedap serta murah.

Diterajui sepenuhnya oleh sepasang suami isteri yang berlatarbelakangkan dalam jurusan perakaunan, pentadbiran dan kesetiausahaan.

Percaya rezeki ada di mana-mana, ditambah semangat,tekad dan usaha yang gigih sentiasa menjadikan  syarikat ini sebagai pilihan pelanggan kerana perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik khas untuk pelanggan.



Nama Perniagaan                 : Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd.

Alamat Operasi                    : No. 45A, Jalan SG 3/10,
                                              Pusat Bandar Sri Gombak,
                                              68100 Batu Caves, Selangor.

No. Telefon                         : 03-61866800 / 61866900

No. Daftar Perniagaan         : 738295 A

Tarikh Perniagaan                : 20 Jun 2006

Bentuk Perniagaan               : Sendirian Berhad
Modal Permulaan                : RM100,000

Bank Berurusan                   : Maybank, Taman Sri Gombak
No. Akaun                          : 562405506183

Nama Pemilik                       : Restu Catering & Canopy Sdn. Bhd.